Tuesday, February 9, 2010

ISLAM DAN TAMADUN MELAYU


PENGENALAN

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.


Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur­unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).

Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama.

Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selain beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu.


Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:

".. .hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkan
harta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau
periksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ..."

Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup.

No comments:

Post a Comment