Thursday, January 28, 2010

KEJOHANAN BOWLING PERINGKAT PISMP MATH




MID VALLEY- Seramai 19 orang pelajar daripada PISMP MATH COHORT5 IPGKBA telah mengadakan pertandingan bowling di Cosmic Bowl. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki & 7 orang perempuan. 6 orang pelajar pompuan x dpt menyertai kejohanan ini atas masalah2 yg tertentu. Walau bagaimanapun, mereka telah memohon maaf kepada pihak penganjur. Mujurlah pihak penganjur memahami masalah mereka dan memaafkan mereka. Spatutnya mereka boleh dikenakan denda di bawah Akta 174 yg boleh membawa mereka dikenakan bayaran sebanyak RM1000 @ penjara 3 tahun @ kedua2nya. MediaMath dilaporkan mereka bertolak dari IPGBA pada jam 11.30 am. Bagaimanapun, 3 orang pelajar pompuan terpaksa dtg lambat disebabkan masalah yg xdpt dielakkan( mereka katela!). Akhirnya, pada jam 12.30 tgh hari pertandingan dimulakan. Ikutilah gelagat2 dan peristiwa2 yg berlaku sepanjang kejohanan ini berlangsung.

BERTOLAK DARI IPGKBA


SETIBANYA DI MID VALLEY...


AKSI2 MENARIK PARA PESERTA


KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Keputusan pengadil adalah muktamad. So, jgn marah2 yer...trimer seadanyer...Kalau xpuas hati, boleh cube lg next time errr..!!!


ANUGERAH2 KHAS


SEMOGA UKHUWAH KITE BERPANJANGAN...AMIIN

Wednesday, January 27, 2010

PERBAHASAN PENUH KONTROVERSI

F302, RABU - Satu perbahasan hangat telah dilangsungkan dengan penuh kontroversi. Tajuknya adalah "BAKA Vs PERSEKITARAN" YG mane lbih dominan dalam perkembangan kanak2. Ahli perbahasan terdiri drpd 2 Kump. iaitu KERAJAAN yang diwaili oleh pelajar lelaki & PEMBANGKANG diwakili oleh pelajar perempuan. Pelajar lelaki memilih BAKA sbg faktor yg dominan manakala pelajar perempuan pula memilih faktor PERSEKITARAN. Perbahasan ini berlangsung selama 1 Jam. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh barisan KERAJAAN dan barisan PEMBANGKANG. Selain itu, speaker dewan dan penjaga masa juga tidak ketinggalan dlm menunjukkan telatah masing-masing. Saksikan telatah mereka...


Hasil drpd perbahasan yg penuh dgn kontroversi itu, satu resolusi telah berjaya dicapai tentang faktor2 penyebab perbezaan individu iaitu :

1. Baka
2. Persekitaran

FAKTOR BAKA

  • Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunannya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.
  • Tingkah Laku Genetik: Asas Biologi Bagi Perbezaan Antara Individu. Secara umumnya, tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan pengaruh baka iaitu kesan atau ciri-ciri genetik yang diwarisi secara keturunan. Demikian adalah terbukti benar apabila segala bentuk atau permasalahan dalam aspek tingkah laku manusia telah banyak membuktikan tentang perwarisan emosi secara genetik. (Mohd Fazli Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran)
  • Gen atau kromosom bukan sekadar sel yang membentuk seorang manusia secara ringkas sahaja. Tetapi ia turut membawa maklumat mengenai baka yang terkandung untuk membentuk seorang manusia yang lebih kompleks berdasarkan induknya. Generasi baru tersebut akan mewarisi hasil gabungan daripada ciri-ciri fizikal ibu atau bapa dan turut mewarisi bakat, ciri-ciri dan corak tingkah laku tertentu daripada keduanya. (Mohd Fazli Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran)
  • Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Semua unsur berikut mempengaruhi sahsiah: Saiz badan: Saiz badan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu itu diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga diri yang meningkat membentuk sahsiah sihat. Penyakit: Individu ada kemungkinan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Kanak-kanak yang kurang bertenaga dan kerap sakit sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Dia merasa sedih dan sunyi. Proses mengembangkan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Kecerdasan: Bagi individu yang berlainan, tahap kecerdasan yang diwarisi adalah berbeza dan hal ini adalah suatu kenyataan. Kecerdasan digunakan bagi membantu individu menyelesaikan masalah harian dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan di dalam bilik darjah membentuk sahsiah yang meyakinkan. Sebaliknya, bagi individu kurang cerdas, agak sukar menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Hal ini menjadikan individu itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu. Temperamen (Sifat semula jadi: Temperamen individu dapat mempengaruhi interaksinya dengan individu lain. Individu yang stabil emosinya serta dapat mengawal rasa kecewanya, menyenangkan orang lain menghampiri dan bergaul dengannya. Sebaliknya, individu pemarah, kurang sabar dan gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh orang lain. (Petikan Bab 23, buku menjadi Belia Cemerlang)
  • Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.(http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-pertumbuhan-individu/)

AEROBIC KUMP 1 MANTAP!


IPG KBA, 27 JAN 2010 - KUMP 1 yg diwakili oleh Roy, Rung n Noya telah menunjukkan belang apabila gandingan mantap kump ini berjaya menghiburkan semua peserta yg mengikuti senaman aerobic ini. Menurut mereka, pergerakan ini dimodifikasi drpd Youtube. Kump. ini juga mendapat pujian hebat drpd peserta dan pensyarah penasihat, Pn. Asiah.






Monday, January 25, 2010

Gadis Melayu

Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejaka

Gadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulan

Gadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkota

Gadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikata

Melayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawa

Melayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,

Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisu

Melayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang...

Besday Aman disambut dgn meriah

405 A,Isnin; 25Jan, 12 mlm - Seorang lelaki yang dikenali sbg Aman dilaporkan telah menyambut hari lahir yg ke-20 dgn meriah sekali. Mangsa(Aman) walau bagaimanapun dipaksa terlibat dlm 1 kejadian yg amat mengerikan dan sehingga sekarang(semalam) masih lg dilaporkan dlm keadaan trauma.

Mangsa kemudian ditenangkan oleh seorang bdk comel, yg hanya mahu dikenali sbg Azami dan Alhamdulillah mangsa sudahpun kembali sedar dan amat terkejut dgn kemunculan sebiji kek Secret recepies(dlm gambar).

"Saya sungguh terkilan dgn anda semua. Thanks er..lain kali,kalau boleh bli la kek lbh sikit..1 xcukup beb..." Kata mangsa kpd MediaMath.

Sunday, January 24, 2010

PENGENALAN KEPADA TAMADUN

1. DEFINISI TAMADUN
  • Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
  • Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
  • Juga membawa erti membuka bandar.
  • Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
  • Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN
  • Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik.
  • Hayat penghidupan stabil yang panjang.
  • Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.
  • Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya.
  • Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya.
  • Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan sains dan teknologi.

3. CIRI-CIRI TAMADUN
  • Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung).
  • Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :
  1. tamadun materialistik
  2. tamadun intelektual
  3. tamadun mistik
  4. tamadun berasaskan wahyu
  • Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;
  1. Pencapaian fizikal : boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.
  2. Pencapaian intelektual : boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.
4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN TAMADUN

1. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.

2. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

4. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

5. Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.

Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

5. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KERUNTUHAN TAMADUN

1. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.
2. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.
3. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin.
4. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.
5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

6. KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan, bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam, Tamadun India dan Tamadun China merupakan antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.

Interaksi-interaksi yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan samaada positif mahupun negatif. Interaksi tamadun Islam dengan tamadun China memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Sebagai contoh, berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini, wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China.

Interaksi antara tamadun India dan tamadun Cina juga meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat. Dari segi kepercayaan, agama Buddha berjaya disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Selain itu, berlaku juga pemindahan dan perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi. Apa yang dimaksudkan disini ialah, kemahiran membuat gula daripada tebu dengan menggunakan teknik dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Selain itu, dalam aspek matematik pula, India turut memperkembangkan bidang astronominya di negara China melalui ahli-ahli astronominya.

Interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Melayu turut memberi impak yang positif. Kesan yang ditinggalkan melalui aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan begitu ketara. Kesan positif yang paling penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Tamadun Islam juga meninggalkan pengaruh yang besar dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi tamadun China dan tamadun Melayu pula banyak memberi kesan dalam bidang kemahiran, teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat tebu (yang dipelajari dari India) ke Kepulauan Melayu. Selain itu, tamadun China juga bertanggungjawab memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu. Dalam aspek kemahiran, tamadun China membawa kemahiran membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya, kemuncak hubungan diplomatik negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

7. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, budaya dan juga budaya.

Dalam aspek agama, Islam percaya wujudnya satu kuasa pencipta. Berbeza dengan agama Buddha (tamadun China), mereka menolak konsep tuhan tetapi mahu pengikutnya menghindar kemewahan dunia. Bagi agama Hindu (tamadun India) pula, mereka percaya kepada pelbagai dewa seperti Brahman, Vishnu dan Siva.

Dalam aspek kebudayaan pula, terdapat beberapa persamaan dalam budaya makan. Misalnya, masyarakat tamadun Islam, China dan juga India menjadikan gandum sebagai makanan ruji mereka. Hal ini berlaku apabila setiap tamadun terpaksa menerima pengubahsuaian apabila berlaku emigrasi dan perluasan empayar. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam aspek budaya makan ini. Contohnya, dalam tamadun Islam ada konsep halal dan haram. Tamadun Islam membenarkan memakan apa saja selagi bukan makanan dan minuman yang haram seperti daging khinzir dan arak. Begitu juga dengan tamadun India, penganut agama Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu.

Dalam aspek etika, hampir semua perkara mempunyai persamaan antara tamadun. Sebagai salah satu contoh, semua tamadun mempunyai persamaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka percaya bahawa alam sekitar perlu dijaga dan dipelihara dengan baik kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai manusia. Bagi masyarakat primitif pula, mereka memelihara alam sekitar kerana percaya setiap benda yang terdapat di dunia ini mempunyai semangat dan harus dijaga dengan baik.

Dalam aspek pemerintahan pula, rakyat disuruh untuk mentaati pemerintah. Kung Fu Tze ( tokoh tamadun China) memberi panduan kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan dengan baik dan mengutamakan kebajikan rakyat. Ini juga disarankan oleh ahli falsafah dari tamadun lain seperti Al-Ghazali, Kautilya dan ajaran Buddha. Di Asia Tenggara juga menekankan raja itu harus berkelakuan baik dan bertanggungjawab. Muncul konsep Devaraja dan daulat di mana raja diberi taraf suci dan tertinggi dan dijelmakan sebagai wakil tuhan. Ini memberi penegasan kepada rakyat supaya dapat menumpahkan taat dan setia kepada raja.

Aspek yang berikutnya ialah kemasyrakatan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju. Contohnya, ahli falsafah China, Loa – Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Aspek yang terakhir iaitu bidang ekonomi pula, setiap tamadun menekankan pentingnya etika dalam menjalankan perniagaan. Tamadun Islam menggalakkan perniagaan tetapi ada peraturan halal dan haramnya. Contohnya haram mengambil riba. Tetapi Kung Fu Tzu, perniagaan ditegah sama sekali kerana taraf peniaga diletakkan paling bawah keran amenindas golongan lain.

8. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;

“without contact, fusion, inheritence and transmission of various different cultures, civilization would undergo no development.”

RUJUKAN

Ibn Khaldun, 1995. Mukadimah (Terjemahan DBP), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abul Hassan Ali Nadwi, 1980. Religion and Civilization, Lucknow: Academy of Islamic Research and Publications.

Schweitzer, A., 1955. Civilization and Ethics, London: Adams & Charles Black.