Showing posts with label KARYA. Show all posts
Showing posts with label KARYA. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Wahai Temanku...

detik demi detik berlalu tanpa menunggu
arus kehidupan terus menghempas
tidak mengenal erti belas dan kasihan
ranjau berduri diharungi

namun kita masih teguh berdiri
tiada alunan yang merosakkan
walau gelombang menghiasi
berolak rasa menikam jiwa

dirimu sering aku rindui
sorak sorai tawa menghiburkan
susah senang di harungi bersama
walau begitu berat tanggungan
berjaya kita harungi dengan sempurna

tiada perhubungan yang lebih gembira
lebih menyeronokkan
selain bersama kalian
bercerita sampai ke dinihari
tanpa rasa lesu dan jemu

pelbagai perkara dilakukan bersama
jatuh bangun kita bersama
mengorak langkah dengan senyuman
tiada yang dapat membandingkan
erti sebuah persahabatan
yang sememangnya begitu suci
kewujudannya…


Ikhlas daripada,

Imran,Isazmi,Isazama,Iswhere&Isaman

............................................................................................................

Rangkap 1 : Imran

Rangkap 2 : Isazmi

Rangkap 3 : Isazama

Rangkap 4 : Iswhere

Rangkap 5 : Isaman

Monday, February 22, 2010

APA GUNANYA

Apa gunanya menghulurkan salam perdamaian

jika disambut dengan percikan api.

Apa gunanya membongkar keonaran
jika keadilan tak mampu ditegakkan.

Apa gunanya persidangan meja bulat

jika kekejaman terbiar berleluasa.

Apa gunanya menegakkan kebenaran
jika kebatilan diagungkan.

Apa gunanya melaungkan protes dan perarakan panjang

jika pekak dan degil.

Apa gunanya itu semua

jika dipaksa tunduk pada kerakusan nafsu membuta tuli!


MADRID

Kelantan

Monday, January 25, 2010

Gadis Melayu

Gadis, mana melayumu?
Adakah pada lunaknya suara,
Yang sayup ke gegendang telinga
Atau pada moleknya wajah,
Yang tersenyum pada jejaka

Gadis, bila melayumu?
Adakah bila orang bertandang,
Lalu tersipu kau duduk bersimpuhan
Atau kala bulan mengambang,
Lalu berdendang kau rayu bulan

Gadis, apa melayumu?
Adakah pada barisan nama
Yang hulu ke hilir kau bawa
Atau pada hitamnya warna
Rambut kau sanggul bagai mahkota

Gadis, bagaimana melayumu?
Adakah dengan berbatik kebaya
Lalu menyantun bila dipuja
Adakah hanya mengaji membaca
Lalu melayu dirimu dikata

Melayu bukan hanya pada wajah
Yang ayu berkebaya, yang molek berbatik jawa

Melayu bukan hanya pada suara
Yang lunak berpantun, yang leka bergurindam seloka,

Melayu bukan hanya pada laku
Yang diam tersipu, yang layu menunduk bisu

Melayu itu jatidiri
Setulus seikhlas hati
Melayu itu seluas pandang
Biar tiada berhias barang
Biar tiada beremas jelang
Biar tiada bersimpuh silang...