Wednesday, January 27, 2010

PERBAHASAN PENUH KONTROVERSI

F302, RABU - Satu perbahasan hangat telah dilangsungkan dengan penuh kontroversi. Tajuknya adalah "BAKA Vs PERSEKITARAN" YG mane lbih dominan dalam perkembangan kanak2. Ahli perbahasan terdiri drpd 2 Kump. iaitu KERAJAAN yang diwaili oleh pelajar lelaki & PEMBANGKANG diwakili oleh pelajar perempuan. Pelajar lelaki memilih BAKA sbg faktor yg dominan manakala pelajar perempuan pula memilih faktor PERSEKITARAN. Perbahasan ini berlangsung selama 1 Jam. Pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh barisan KERAJAAN dan barisan PEMBANGKANG. Selain itu, speaker dewan dan penjaga masa juga tidak ketinggalan dlm menunjukkan telatah masing-masing. Saksikan telatah mereka...


Hasil drpd perbahasan yg penuh dgn kontroversi itu, satu resolusi telah berjaya dicapai tentang faktor2 penyebab perbezaan individu iaitu :

1. Baka
2. Persekitaran

FAKTOR BAKA

  • Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang ciri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunannya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.
  • Tingkah Laku Genetik: Asas Biologi Bagi Perbezaan Antara Individu. Secara umumnya, tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan pengaruh baka iaitu kesan atau ciri-ciri genetik yang diwarisi secara keturunan. Demikian adalah terbukti benar apabila segala bentuk atau permasalahan dalam aspek tingkah laku manusia telah banyak membuktikan tentang perwarisan emosi secara genetik. (Mohd Fazli Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran)
  • Gen atau kromosom bukan sekadar sel yang membentuk seorang manusia secara ringkas sahaja. Tetapi ia turut membawa maklumat mengenai baka yang terkandung untuk membentuk seorang manusia yang lebih kompleks berdasarkan induknya. Generasi baru tersebut akan mewarisi hasil gabungan daripada ciri-ciri fizikal ibu atau bapa dan turut mewarisi bakat, ciri-ciri dan corak tingkah laku tertentu daripada keduanya. (Mohd Fazli Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran)
  • Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Semua unsur berikut mempengaruhi sahsiah: Saiz badan: Saiz badan menentukan sama ada individu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu itu diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga diri yang meningkat membentuk sahsiah sihat. Penyakit: Individu ada kemungkinan mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Kanak-kanak yang kurang bertenaga dan kerap sakit sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Dia merasa sedih dan sunyi. Proses mengembangkan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Kecerdasan: Bagi individu yang berlainan, tahap kecerdasan yang diwarisi adalah berbeza dan hal ini adalah suatu kenyataan. Kecerdasan digunakan bagi membantu individu menyelesaikan masalah harian dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan di dalam bilik darjah membentuk sahsiah yang meyakinkan. Sebaliknya, bagi individu kurang cerdas, agak sukar menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan. Hal ini menjadikan individu itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu. Temperamen (Sifat semula jadi: Temperamen individu dapat mempengaruhi interaksinya dengan individu lain. Individu yang stabil emosinya serta dapat mengawal rasa kecewanya, menyenangkan orang lain menghampiri dan bergaul dengannya. Sebaliknya, individu pemarah, kurang sabar dan gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh orang lain. (Petikan Bab 23, buku menjadi Belia Cemerlang)
  • Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.(http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-pertumbuhan-individu/)

No comments:

Post a Comment