Monday, November 1, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEM 2 2010


Assalamualaikum...
Saya Isazmi Al-Bahanj pohon maaf atas segala silap dan salah kpd kengkawan sekalian...

Moga kita semua dpt jwb exam nt...Good Luck!!!


Saya nk ucap slmt mnduduki exam kpd smua kwn2...
Moga berjaya...maafla kalau ade buat silap....
Tahun dpn aku akan jd ketua kelas yg nakal!!!
Siap korang semua...hahaha...
(Isimran Al-Bahanj)


Salam Ukhuwah buat kengkawan sekalian...
Pertama skali,mtk maaf bnyk2 sbb bnyk menyakitkan hati korang...
Biasela..sape xkenal aku...hehe...nway good luck exm nt er...
(Ridhuan Al-Fateh)


Saya..Syahrul, slaku ketua kelas sem2 nk ucap slmt berjaya kpd kwn2 skalian...
Trime kasih ats bantuan korang sekalian spnjg aku jd ketua kelas...
Good Luck!!!


Tiada kata untuk dikata,
Tiada ucapan untuk diucap,
Tiada masa untuk berbicara,
Tiada apa2 untuk apa2,
Tiada wang untuk p sg. wang,
Tiada tenaga untuk ........
Apa yg ada adalah...apa2 aje..
Smoga berjaya dlm exam nt..!!!
(Cucu Ali)



TIPS UNTUK BERJAYA DALAM EXAM!!!


- Jangan biarkan masalah peribadi mengganggu anda

Jika ada masalah di rumah atau teman, jangan fikirkannya kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda. Asingkan masalah belajar dengan masalah peribadi supaya anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang.

- Baiki kelemahan

Kelemahan dan kesilapan dalam sesuatu mata pelajaran perlu dibaiki supaya ia tidak berulang ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia juga dapat membantu anda menjadi lebih yakin.

- Kurangkan aktiviti santai

Jika kebiasaannya anda sering menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet, lupakan ia sebentar ketika peperiksaan semakin hampir. Jika ada kawan-kawan yang cuba mempengaruhi untuk turut sama dalam aktiviti ini, anda perlu berani mengatakan tidak.

- Jangan memberi tekanan kepada diri

Anda perlu tenang apabila menghadapi peperiksaan. Kawal diri agar tidak terlalu memikirkan mengenainya sehingga menjadikan anda panik dan menyebabkan segala-galanya tidak terurus.

- Pastikan kesihatan berada pada tahap terbaik

Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya serta amalkan pemakanan sihat. Selain itu anda dinasihatkan supaya tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti lasak yang mempunyai risiko kecederaan tinggi.

- Dapatkan sokongan keluarga

Sokongan, kerjasama serta perangsang daripada ahli keluarga amat penting untuk membantu anda belajar dengan baik dan berjaya dalam peperiksaan.


Tips untuk menghilangkan rasa panik ketika dalam exam...

- Berhenti sebentar dan duduk dalam keadaan tegak serta tenangkan fikiran.

- Jangan fikirkan kemampuan orang lain dan hanya fikirkan mengenai kemampuan anda untuk melakukan yang terbaik.

- Sekiranya gagal menjawab soalan yang dihadapi, jawab soalan lain yang lebih mudah. Ia boleh mengurangkan tekanan anda.

- Berdoa kepada Tuhan supaya anda dikurniakan ketenangan.

1 comment:

  1. good luck exam!

    http://soulmaths.blogspot.com/

    ReplyDelete