Disediakan oleh : Ismail Al-Bahanj
Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan informasi. Dia menkaji bagaimana informasi 'mengalir' ke dalam diri kita justeru bagaimana informasi ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual).
Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.
Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence)
Kecerdasan seseorang individu seperti aku dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan komponen. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Aku dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan aku dinaikkan beberapa gred. Dalam usia 11 tahun, aku dimasukkan ke dalam kelas senior di sekolah tinggi Henry McCoy.
Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence)
Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Amy Kamen, pelukis Sikapitan sebagai contoh dengan pantas dapat menyesuaikan kes-kes pembunuhan ke atas beberapa pegawai tertinggi Halcyon Corp. kepada penceritaannya di dalam siri komik Sikapitan yang terbaru.
Di dalam ceritanya ini dia memperkenalkan watak jahat bernama Muqarribun, seorang ahli sihir yang menjadi musuh baru kepada Sikapitan!
Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence)
Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang di tuntut di dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Abang sebagai contoh bukanlah seorang yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dia sering mendapat markah yang agak baik untuk subjek yang diambilnya di universiti.. Dia boleh membuatkan kawan-kawan sekuliahnya untuk meminjamkan nota kepadanya kerana dia selalu tertidur di dalam kuliah. Abang pandai mengambil hati pensyarah-pensyarahnya, terutamanya pensyarah wanita. Bukan itu sahaja, abang juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Puan Lydia walaupun kita semua tahu dia jarang dapat didekati oleh sembarangan orang - lebih-lebih lagi sejak suaminya meninggal dunia di dalam peristiwa 6/6. Mungkin ada sesuatu yang ada di dalam diri abang yang mampu membuatkan Puan Lydia senang berada di sampingnya...
Selain dari Teori Triarchic ini, Sternberg ada membentangkan ideanya tentang kendalian minda sebagai satu komponen bersiri. Komponen-komponennya adalah seperti berikut:
- Metakomponen
- Komponen pelaksanaan
- Komponen perolehan pengetahuan
Di sini aku hanya mahu memperkatakan tentang metakomponen. Metakomponen merupakan proses khas di dalam minda kita yang di digunakan di dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda kita. Ia akan memberitahu kita bagaimana untuk bertindak. Metakomponen ini juga dikenali dengan nama homunculus.
Homunculus di dalam bahasa Latin membawa maksud 'lelaki kecil'. Homunculus ini dianggap sebagai satu idea bahawa terdapatnya satu makhluk di dalam kepala kita yang mengawal setiap gerak-geri kita. Cuba bayangkan kewujudan satu makhluk yang mengawal diri kita tanpa kita sedari
No comments:
Post a Comment