Thursday, August 19, 2010

Tazkirah Ramadhan : Memaknai Sebuah Ramadhan

Tak terasa, ramadhan telah kembali menyapa kita. Seakan baru saja ia kita tinggalkan, dengan beragam kekurangan dan kealpaan untuk mengisinya, kini ia datang kembali. Pertanyaan yang mungkin menghinggapi setiap kita adalah, apakah yang hendak kita lakukan di ramadhan ini, apakah kita hendak mengulang kekurangan-kekurangan kita di bulan ramadhan yang lalu, dan bagaimana kita memacu ibadah kita di bulan mulia ini.

Tahun lalu bacaan qur'an kita mungkin tak habis dikhatamkan, shalat tarawih kita masih sangkut-sangkut, amalan sunnah kita banyak yang tertinggal dan .banyak lagi yang belum diperbuat ataupun dilalaikan.

Pertanyaan-pertanyaan di atas tentu saja merupakan sebahagian dari muhasabah seorang muslim ke arah yang lebih baik dalam menghidupkan roh agama dalam diri masing-masing. Demikian pula dalam hal puasa ramadhan, oleh kerana Allah menjadi satu-satunya tujuan dan matlamat kita, maka menjadi kemestian untuk menjadikannya sebagai keutamaan dalam setiap aktiviti yang dibuat pada bulan ramadhan.

Ramadhan yang sarat dengan janji pahala dan ampunan adalah sebuah peluang yang tak sepatutnya untuk disia-siakan begitu saja. Ibarat seorang peniaga yang mengetahui adanya masa untuk mengambil untung yang luar biasa, maka seorang muslim pun akan berlumba untuk meraih untung yang luar biasa . Ia akan memilih dan menilai pula mana barang-barang dagangan yang akan memberikan untung besar ketika ia dijual, dengan demikian seorang muslim akan menumpukan perhatian untuk mengetahui mana aktiviti atau amalan positif yang akan menyebabkan perolehan pahala yang banyak.

Sebagai seorang muslim ada beberapa aktiviti yang mesti menjadi keutamaan di dalam meniti bulan ramadhan diantaranya :

1. Memperbanyak sedekah merupakan sebuah aktiviti yang mulia. Di bulan ramadhan amalan yang satu ini perlu untuk dipacu, sesuai dengan hadits Nabi shallallahu alaihi wa sallam
"Rasulullah pernah ditanya sedekah apakah yang paling utama ? Beliau menjawab seutama-utamanya sedekah adalah sedekah yang dilakukan di bulan ramadhan"
(HR. Tirmidzi , baihaqi, dan Ibnu khuzaimah )
Bahkan nabi sendiri terkenal sebagai orang yang sangat dermawan terlebih-lebih pada bulan ramadhan.
"Sesungguhnya Rasulullah itu lebih pemurah dibandingkan dengan angin berhembus. Dan terutama lagi di bulan ramadhan"
(HR. Tirmidzi dalam syamail Muhammadiyah)

2. Solat malam berjemaah (tarawih) Berkaitan dengan shalat malam secara berjamaah ini rasul kita menyatakan
"Barangsiapa yang shalat malam bersama imam hingga selesai shalatnya, akan dituliskan baginya pahala shalat sepenuh malam untuknya"
(HR Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibn Majah)
Hadits ini memberitakan tentang keutamaan shalat malam secara berjamaah di bulan ramadhan melebihi shalat malam sendirian yang panjang.

3. Membaca Al Quran. Nabi kita memperbanyak bacaan Al-qurannya di bulan ramadhan, sementara malaikat jibril menyemak bacaan beliau, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh bukhari. Al Quran yang diturunkan berfungsi sebagai syifa (obat) dan hudan (petunjuk) bagi orang beriman sangat penting untuk kita hayati. Maka ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulai menghayati Al Quran. Buatkan waktu khusus untuk membacanya di antara kesibukan aktiviti kita yang lain. Dan jangan lupa pelajari pula kandungan isinya dengan tafsir-tafsir yang ada (seperti tafsir ibnu katsiir, tafsir at-tabari, adwaul bayan dan kitab tafsir lain yang ditulis oleh para ulama). Disamping itu praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

4. I'tikaf. I'tikaf bererti menetap di masjid untuk beribadah kepada Allah Ta'ala. Nabi kita Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam selalu melakukan aktiviti ibadah ini pada 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan hingga wafat beliau. Sebuah hadits tentang i'tikaf ini diriwayatkan oleh Abu hurairah Nabi dahulu beri'tikaf setiap bulan ramadhan selama sepuluh hari . Namun pada tahun dimana beliau wafat, beliau beri'tikaf selama dua puluh hari (H.R. AL Bukhari). Sunah ini pun dilaksanakan juga oleh isteri-isteri nabi dan tentu inipun sunnah bagi muslimah, asalkan masih dalam batasan syari'at dan terhindar dari fitnah.

5. Mengerjakan umrah ke (baitullah) masjidil haram Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari:
"Sesungguhnya ganjaran umrah di bulan ramadhan, sama dengan ganjaran melaksanakan haji bersamaku".

6. Memperbanyakkan amalan-amalan akhirat Beragam amalan kebajikan perlu untuk dikembangkan, dan disuburkan di bulan ramadhan. Contoh beberapa amalan yang sebaiknya diamalkan di bulan ramadhan adalah, berdo'a, istighfar, mempereratkan silaturrahim, bertasbih dan setiap amalan yang telah dikenal sebagai amal kebajikan, samada yang berkaitan dengan individu atau kemasyarakatan. Inilah beberapa aktiviti yang boleh kita kita jadikan keutamaan untuk memaknai ibadah ramadhan kita.

Monday, August 2, 2010

JENIS-JENIS MAIN SOSIAL

1) main Unoccupied
Kanak-kanak bergerak di kelas dari satu tempat ke tempat yang lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Kanak-kanak tidak bermain dengan sesuatu atau sesiapapun dan hanya duduk atau berdiri tanpa melakukan sesuatu yang dapat diperhatikan.

2)main Solitary
Kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya. Mereka bermain tanpa menghiraukan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang ada di sekitar mereka. Seorang kanak-kanak mungkin membina menara menggunakan blok-blok dan secara keseluruhannya mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak lain yang ada dalam bilik yang sama.

3) main Onlooker
Kanak-kanak memerhatikan kanak-kanak yang lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan.

4) main Parallel
Kanak-kanak bermain benda yang sama tetapi setiap orang bermain secara sendirian. Apa yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak tidak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah permainan puzzle, apabila seorang kanak-kanak meniggalkan meja permainan, kanak-kanak yang laian akan terus menyambung permainan.

5 ) main Assosiative
Kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan. Contohnya ialah main kejar-kejar.

6) main Cooperative
Kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti. Contohnya kanak-kanak bekerjasama membuat binaan dari bongkah.