Monday, February 22, 2010

PERISTIWA2 PENTING PADA BULAN RABIUL AWAL

PENGERTIAN

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

PERISTIWA-PERISTIWA PADA BULAN INI

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

APA GUNANYA

Apa gunanya menghulurkan salam perdamaian

jika disambut dengan percikan api.

Apa gunanya membongkar keonaran
jika keadilan tak mampu ditegakkan.

Apa gunanya persidangan meja bulat

jika kekejaman terbiar berleluasa.

Apa gunanya menegakkan kebenaran
jika kebatilan diagungkan.

Apa gunanya melaungkan protes dan perarakan panjang

jika pekak dan degil.

Apa gunanya itu semua

jika dipaksa tunduk pada kerakusan nafsu membuta tuli!


MADRID

Kelantan

Tuesday, February 9, 2010

Teori Triarchic Sternberg

Disediakan oleh : Ismail Al-Bahanj

Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan informasi. Dia menkaji bagaimana informasi 'mengalir' ke dalam diri kita justeru bagaimana informasi ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (atau triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah komponen (componential), pengalaman (experiential) dan konteks (contextual).

Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

Kecerdasan Komponen (Componential Intelligence)

Kecerdasan seseorang individu seperti aku dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan komponen. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Aku dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan aku dinaikkan beberapa gred. Dalam usia 11 tahun, aku dimasukkan ke dalam kelas senior di sekolah tinggi Henry McCoy.

Kecerdasan Pengalaman (Experiential Intelligence)

Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Amy Kamen, pelukis Sikapitan sebagai contoh dengan pantas dapat menyesuaikan kes-kes pembunuhan ke atas beberapa pegawai tertinggi Halcyon Corp. kepada penceritaannya di dalam siri komik Sikapitan yang terbaru.

Di dalam ceritanya ini dia memperkenalkan watak jahat bernama Muqarribun, seorang ahli sihir yang menjadi musuh baru kepada Sikapitan!

Kecerdasan Konteks (Contextual Intelligence)

Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang di tuntut di dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Abang sebagai contoh bukanlah seorang yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi dia sering mendapat markah yang agak baik untuk subjek yang diambilnya di universiti.. Dia boleh membuatkan kawan-kawan sekuliahnya untuk meminjamkan nota kepadanya kerana dia selalu tertidur di dalam kuliah. Abang pandai mengambil hati pensyarah-pensyarahnya, terutamanya pensyarah wanita. Bukan itu sahaja, abang juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Puan Lydia walaupun kita semua tahu dia jarang dapat didekati oleh sembarangan orang - lebih-lebih lagi sejak suaminya meninggal dunia di dalam peristiwa 6/6. Mungkin ada sesuatu yang ada di dalam diri abang yang mampu membuatkan Puan Lydia senang berada di sampingnya...

Selain dari Teori Triarchic ini, Sternberg ada membentangkan ideanya tentang kendalian minda sebagai satu komponen bersiri. Komponen-komponennya adalah seperti berikut:

- Metakomponen
- Komponen pelaksanaan
- Komponen perolehan pengetahuan

Di sini aku hanya mahu memperkatakan tentang metakomponen. Metakomponen merupakan proses khas di dalam minda kita yang di digunakan di dalam penyelesaian masalah dan proses membuat keputusan yang melibatkan sebahagian besar dari pengurusan minda kita. Ia akan memberitahu kita bagaimana untuk bertindak. Metakomponen ini juga dikenali dengan nama homunculus.

Homunculus di dalam bahasa Latin membawa maksud 'lelaki kecil'. Homunculus ini dianggap sebagai satu idea bahawa terdapatnya satu makhluk di dalam kepala kita yang mengawal setiap gerak-geri kita. Cuba bayangkan kewujudan satu makhluk yang mengawal diri kita tanpa kita sedari

Teori Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
  1. Linguistic intelligence ("word smart"):
  2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")
  3. Spatial intelligence ("picture smart")
  4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")
  5. Musical intelligence ("music smart")
  6. Interpersonal intelligence ("people smart")
  7. Intrapersonal intelligence ("self smart")
  8. Naturalist intelligence ("nature smart")

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)
  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
  3. GAMBAR (spatial intelligence)
  4. MUZIK (musical intelligence)
  5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)
  6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)
  7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or
  8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle


2. Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton


3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan


4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci


5. Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar


6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi


8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin


Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman. http://dukeamienerev.blogspot.com

Aerobic Kumpulan 3

Supo Kalo la, tiap2 hari rabu...ade aerobic. Kali ni Kump. 3 yg kondak. Konduktor ensem yang diapit dua jelitawan kelihatan sedang terkesima n sgt segak..Nak tahu sape? Ofcosla ADI LUQMAN ADLIN bersama-sama dengan AWANIS (bukan astro awani) dan MUNIRAH (penang mai). Haa..itulah mereka...


AKSI2 MENARIK DRPD KONDUKTOR

Conduktor2 Yg Sgt Sporting...



Artis Jemputan...AGIGI



ISLAM DAN TAMADUN MELAYU


PENGENALAN

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.


Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur­unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Penerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera. Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara (Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).

Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 : 433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama.

Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selain beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu.


Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (Sejarah Melayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:

".. .hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkan
harta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,
keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkau
periksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ..."

Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup.